Sunday, August 30, 2009

BERMULANYA EVOLUSI



Kerjaya dalam bidang Pelukis Pelan Senibina ini sebenarnya telah lama bermula di Malaysia. Namun ketika itu terutama selepas zaman merdeka kerjaya ini hanya didominasi oleh kaum China.Penglibatan orang Melayu hanya bermula diJabatan Kerajaan sahaja iaitu diJKR.Itu pun hanya menyalin pelan atau pun 'Tracer'( Penyalin ).

Kerjaya sebagai Pelukis Pelan ini teramat asing kepada orang Melayu ketika itu.Kerana itu pihak MARA mengambil inisiatif dengan melatih anak muda Melayu melalui IKM ( Institut Kemahiran Mara )iaitu bermula pada tahun 1970 diIKM Alor Setar Kedah.Selepas itu ianya telah berkembang dengan amat pesat sekali.

Bidang melukis pelan ini juga telan mengalami satu evolusi terutama yang melibatkan teknologi. Dulu melukis pelan hanya dengan cara manual iaitu dengan menggunakan instrumen seperti drawing board,t-square, sets square, teacing paper, clip board, masking tape, pemadam getah, rasor blade,pencil, teknikal pen pelbagai saiz dan sebagainya.Untuk menulis nota pula hanya menggunakan tangan (freehand writing) atau pun menggunakan stencil pelbagai saiz.Untuk mencetak pelan pula,kertas yang telah dilukis diletakan diatas kertas ammonia kemudian didedahkan pada cahaya matahari. Selepas beberapa saat kemudian kertas ammonia tersebut dimasukan kedalam sebuah kotak
kayu yang telah diletakan dibawahnya dengan secair ammoia.Selepas beberapa minit dan apabila imej lukisan pelan tersebut telah jelas tercetak diatas kertas barulah diangkat dan boleh dibaca.

Teknologi telah berkembang dengan begitu pesat sekali bermula dengan mesin pencetak pelan,namun masih menggunakan ammonia yang sangat busuk baunya. Hanya tuhan saja yang tahu betapa seksanya bila mahu menukar cecair ammonia tersebut.

Penggunaan komputer dalam melukis pelan hanya bermula pada akhir tahun 80'han. Itu pun hanya sebuah firma akitek di Kuala Lumpur yang mampu membelinya iaitu Firma Hijaz Kasturi.Dengan saiznya yang sangat besar dan berat lebih satu tan ini mesin IBM Mainframe ini boleh disambungkan kepada banyak working station dan melakukan kerja serentak.