Wednesday, September 2, 2009

BERMULANYA ERA KOMPUTER


Evolusi kepada penggunaan komputer dalam melukis pelan diMalaysia jelas bermula pada tahun 1987 dengan pengenalan
Autocad Released 9 yang mengunakan platform MS-DOS.Walaubagaimana pun sejarah autocad bermula pada November1982 bermula
dengan Version 1.0 ( Release 1 ). Namun disebabkan harga pc dan software ketika itu sangat mahal jadi penggunaannya terhad.

Pada ketika itu menggunakan komputer untuk melukis pelan juga sangat merumitkan.Cuba anda bayangkan dengan pc yang berkapasiti 85Mb menggunakan processor 16bit(80286) berapa banyak fail yang kita boleh simpan dalam cakera keras.Menggunakan OS MS-DOS juga memerlukan kita menghafal banyak 'command-command'untuk melancarkan kerja kita.Namun dengan adanya software tambahan seperti Norton Commander kerja kerja menyusun atur fail menjadi bertambah mudah cuma kita memerlukan banyak cakera liut untuk menyimpan fail. Habis satu kerja kena simpan fail. Kalau tidak naya.Kalau terjatuh boleh hilang data.Mencetak pelan juga memerlukan kesabaran tinggi.Pencetak masih menggunakan pen yang diisi dengan dakwat. Kadang kadang pen tersumbat, dakwat habis, dakwat merecik dan lain lain masalah sedangkan untuk salinan pelan kita masih menggunakan kertas ammonia lagi.

Evolusi terus berubah dengan perubahan processor 32bit(80386). Autocad juga terus berkembang dengan Release 10 Tahun 1988,Release 11 Tahun 1990 dan Release 12 Tahun 1992 yang terus menggunakan platform MS-Dos. Tahun 1994 bulan November dilancarkan
pula Release 13 yang menggunakan Window 3.1 tapi masih berlandaskan MSDos.Sehingalah muncul Window 95 dan lahirnya Autocad Release 14 (R14) pada Tahun 1997.Dengan kapasiti cakera keras (HDD) yang semakin besar sehingga melebehi 1 Gb.kerja kerja melukis pelan senibina menjadi semakin mudah. HP ( Hawlet Packard ) juga telah mengeluarkan pencetak(plotter) generasi baru menggunakan laserjet yang cepat dan tidak mengeluarkan bau ammonia. Kerja semakin mudah tapi tekanan semakin berat kerana
bos bos yang tak pernah pegang komputer mengandaikan dah ada komputer kerja mesti siap cepat.

Namun faktor manusia tetap memainkan peranan penting dalam melukis pelan ini. Komputer hanyalah alat yang tak tahu penat.Tapi manusia ada perasaan, emosi dan kesihatan yang perlu diambil kira.Kalau komputer canggih tapi manusia yang mengendalikanya tak canggih, hasil kerja juga menjadi tidak berkualiti. Akhirnya faktor manusia juga yang merealisasikan idea untuk menjadi nyata.

No comments:

Post a Comment