Sunday, September 6, 2009

EVOLUSI DALAM KERJAYA


Evolusi dalam kerjaya sebagai Pelukis Pelan senibina bukan hanya berlaku kepada kelengkapan instrumen bagi melukis pelan sahaja. Tetapi evolusi berlaku dari semua arah, sudut dan aspek. Zaman telah berubah, cara hidup pun berubah. Keperluan dan kehendak pun berubah.

Dalam tempoh 6 dekad yang lalu, penduduk Malaysia bertambah berlipat kali ganda. Prasarana seperti lebuhraya dan jalan jalan berkembang dengan sangat pesat sehingga mengubah lanskap negara. Pekan menjadi bandar, manakala bandar bandar menjadi bandaraya. Kepesatan pembangunan ini membawa kesan ekonomi yang sangat hebat. Bilangan orang kaya bertambah ramai. Keperluan rakyat untuk membina rumah dan bangunan yang lebih besar dan lebih berkualiti semakin mendesak. Disinilah peranan Akitek dan Pelukis Pelan Senibina diperlukan. Kita boleh lihat saja sekarang bangunan bangunan dan rumah rumah kediaman diMalaysia ini makin hari semakin cantik dan semakin canggih. Gedung gedung perniagaan dan pusat membeli belah yang semakin moden setanding dengan negara negara maju. Pelukis Pelan Senibina harus berbangga dengan peranan mereka selama ini. Walau pun Akitek saja yang mendapat nama, namun sebenarnya terlalu ramai tenaga proffesional yang terlibat dalam satu satu projek yang dibina itu.

Harus diingat kerjaya sebagai Pelukis Pelan Senibina ini bukan hanya duduk terperap didalam pejabat melukis pelan saja. Peranan mereka ialah memastikan pelan yang dimajukan kepada Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaran atau Majlis Daerah mendapat kelulusan. Semakin besar projek yang akan dibina semakin banyak Jabatan yang terlibat dan peranan Pelukis Pelan Ini menjadi semakin mencabar. Pelukis Pelan terpaksa menggalas tugas ini kerana peranan Akitek lebih terfokas kepada aspek design dan melaksanakan pembangunan projek tersebut.

No comments:

Post a Comment