Saturday, September 5, 2009

EVOLUSI MENJELANG ALAF BARU



Menjelang Alaf Baru Tahun 2000 dengan penuh kontroversi mengenai Y2K.Banyak syarikat IT mengaut begitu banyak keuntungan dengan mitos yang yang sengaja dicipta untuk menakut-nakutkan bahaya pepijat Y2K yang sebenarnya tak ada. Yang terkena hanya diam dan tersengeh sahaja.

Menjelang alaf baru juga menyaksikan perkembangan teknologi IT yang sangat pesat. Mahu tak mahu Pelukis Pelan Senibina juga turut terlibat sama. Walaupun kosnya agak mahal namun syarikat- syarikat Akitek tetap tidak mahu ketinggalan untuk mengupgred kepada perisian yang terkini. Kalau kita perhatikan sejak 10 tahun yang lalu. Tiap tiap tahun Autodesk akan memperkenalkan perisian Autocad yang baru. Misalnya Autocad 2000 (R15) dilancarkan pada March 1999. Autocad 2000i (R16) pada Julai 2000, Autocad 2002 (R17) pada June 2001. Autocad 2004 (R18) pada Mac 2003. Autocad 2005 (R19) pada Mac 2004. Autocad 2006 (R20) pada Mac 2005. Autocad 2007 (R21) pada March 2006. Autocad 2008 (R22) pada Mac 2007. Autocad 2009 (R23) pada Mac 2008 dan Autocad 2010 (R24) pada Mac 2009. Selain Autocad banyak lagi perisian untuk melukis pelan seperti versi ekonomi Autocad LT, Autocad Revit, Easy Cad dan banyak lagi. Selain perisian yang berkaitan dengan senibina seperti 3d Studio atau 3D Max dan lain lain lagi.
Semua software itu dapat digunakan dengan sempurna dengan berlandaskan system operasi
yang sangat bagus ketika ini iaitu Window XP Pro.

Sebenarnya keupayaan atau 'performance' Autocad dalam melaksanakan kerja banyak bergantung kepada kekuatan PC nya. Dengan PC yang mempunyai specifikasi seperti ini ( OS window XP Pro ) processor Intel Core Duo E6400 2.13 GHz, max. memory 4 Gb. 667Mhz, Integrated Intel Graphic Media Accelerator 3000 dan Hardrive 250 Gb ) keupayaan untuk melaksanakan kerja berat tidak menjadi masalah. Kalau dulu untuk process rendering lukisan 3D mengambil masa lebih 12 jam. Sekarang dapat dilakukan dalam hanya beberapa minit sahaja.

Dengan teknologi sambungan USB kepada gajet gajet seperti plotter, thumdrive, external HD, modem dan lain lain lagi menjadikan cakera liut, diskette dan CD ketinggalan zaman. Tambahan lagi dengan perkembangan teknologi internet yang semakin maju, pantas dan cekap seperti TM strymix, P1 wimax dan lain penyedia jalur lebar dari Celcom, Maxis Dan Digi. Pelukis pelan senibina boleh berkerja dari mana mana atau dari rumah sendiri. Penghantaran fail sangat mudah dengan e-mail saja.

No comments:

Post a Comment