Monday, September 14, 2009

CABARAN SEBENAR PELUKIS PELAN SENIBINA


Cabaran sebenar pelukis pelan senibina bukanlah kerja kerja melukis tetapi cabaran berhadapan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (Dewan/Majlis) untuk mendapatkan kelulusan pelan. Walaupun sesetengah syarikat pemaju menggajikan 'runner'untuk mempercepatkan peroses kelulusan, namun kerja menyempurnakan syarat-syarat kelulusan pada pelan tersebut terus digalas oleh pelukis pelan.

Tidak dapat dinafikan 'runner' ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kerja pelukis pelan, terutama kerja desak mendesak pegawai yang terlibat, tetapi kadang kadang mereka juga memberi tekanan yang berat kepada kita. Contohnya, satu projek perumahan yang mengandungi beberapa blok pangsapuri pelbagai jenis unit, rumah teres pelbagai jenis, rumah sesebuah, rumah berbandung, rumah kelab dan lain lain kemudahan. Pelan yang perlu dikemukakan kepada pihak Majlis adalah sebanyak
5 set( 1 set cetakan linen dan 4 set cetakan kertas). 1 set pelan mengandungi 100 helai X 5 set menjadi 500 helai pelan. Jika berlaku pindaan 500 helai pelan ini terpaksa dipinda. Berapa banyak tenaga manusia yang perlukan, sedangkan "runner' terus mendesak bila pelan boleh disiapkan. Apabila terlalu banyak pindaan yang terlibat, kita tiada lagi pilihan melainkan meminda pelan asal dalam komputer dan mencetaknya semula. Cuba anda bayangkan dengan mencetak semula 500 helai pelan bersaiz A1 atau A0. Berapa banyak masa, kertas, dakwat dan tenaga manusia yang
digunakan. Mesin pencetak perlu beroperasi 24 jam (Bergantung kepada 'date line'). Selepas dicetak helaian pelan tersebut mesti dilipat satu persatu ( bergantung kepada Majlis). Kerja ini biasanya dilakukan oleh semua staff tanpa mengira kedudukan. Selepas itu pelan pelan tersebut perlu ditandatangani oleh Akitek dan Pemaju sebelum dapat dikemukakan semula kepada pihak Majlis untuk kelulusan pelan. Jika berlaku pindaan lagi peroses yang sama akan berlang lagi. Perkara ini
memang selalu terjadi, lebih lebih lagi projek yang besar. Kita tidak boleh menunggu sampai sempurna baru hendak dikemukakan. Kerana kesempurnaan mengambil banyak masa dan pihak Akitek memerlukan dana untuk membayar gaji dan lain lain kos operasi. Bila pelan sudah masuk barulah Akitek dapat menuntut bayaran perkhidmatan daripada pemaju projek berkenaan.

Selain Jabatan Kawalan Bangunan, banyak lagi jabatan yang terlibat dalam peroses kelulusan pelan. 1) Jabatan Perancang Bandar dan Desa 2) Jabatan Kejuruteraan untuk kelulusan kerja tanah dan infrastruktur serta kawalan cerun tanah tinggi. 3) Jabatan Bomba Malaysia 4) Jabatan Alam sekitar 5) Jabatan Kerja Raya 6) Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Penyakit 7) Jabatan Bekalan Air8) Jabatan Taman dan Rekreasi 9)Telekom Malaysia Bhd. 10) Tenaga Nasional Bhd. 11) Jabatan Perkhidmatan Pembentungn 12) Unit Kawal Selia Jabatan Perkhidmatan Bandar( sampah) 3) Jabatan Penerbangan Awam, sekiranya perojek berhampiran dengan lapangan terbang.

DiLembah Klang saja terdapat banyak Pihak Berkuasa Tempatan, seperti 1) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2) Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3) majlis Bandaraya Shah Alam 4) Majlis Perbandaran Ampang Jaya 5) Majlis Perbandaran Subang Jaya 6) Majlis Perbandaran Selayang 7) Majlis Perbandaran KLang 8) Majlis Daerah Kajang 9) Majlis Daerah Sepang 10) Perbadanan Pembangunan Putrajaya.

Walaupun pada dasarnya Pihak Berkuasa Tempatan diseluruh Malaysia berpandukan kepada Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, namun mereka menggunakan cara dan pedekatan yang berbeza bergantung kepada negeri, status bandar, dan kepadatan penduduk. Oleh kerana itu cabaran Pelukis Pelan Senibina yang selalu berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan haruslah menerima kepelbagaian ini. Yang paling penting, pelan yang dikemukakan berjaya mendapat kelulusan. Kelulusan inilah yang
membawa kepuasan kepada kita Pelukis Pelan Senibina ini.

No comments:

Post a Comment